Friday, June 26, 2009

Nur Kasih

krdt khas : google/tv3

antara sinopsis yang dipetik :

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. ( krdt khas : tv3 )

ada sesape yang ikuti crite drama ni tak?drama ni bagi aku memang bes..selain dari crite Ghost ngan Blogger Boy.aku memang tertarik gile la ngan crite ni.tibe2 je aku terpikir mcm teringin pulak mau kawin dengan pilihan keluarga sahaja.kiranya blaja cinta lepas kawin saje.wakaka.eh2 tak..aku nk suami yang dh ade gf len tapi terpaksa kawin ngan haku.pastu die tak suke aku.pastu banyak la ranjau onak dan duri berlaku.wah.berangann~dalam mimpi hajo laaa...

tiba-tiba aku teringat kat seseorang.hurmm..die pon mcm nie jugak la nasibnya.kasihan aku ngan dia.wakaka.okeh menggelabah.kene move on.takleh pk die lagi.mesti kuat ! aku tau..mesti pasni dia akan bahagia.semoga bahagia okeh kamu..yelah kalau ikut novel , perkahwinan mcm ni biasanya akhir penceritaan mereka akan hepy ever after la kan.di asak lagi ngan kengkawan aku cakap.alaaa..wani mesti die akan jatuh cinta jugak ngn pompuan tu..lagi pon pompuan tu kan cintakan die..argh! life must go on! dah2 jgn pk lagi.lupakan.lupakan.mesti kuat tak usah berpaling..

back to tajuk tadi,jalan crita ni memang menarik..aku masih tak dpt nak tebak lagi ape yang akan jadi akhir nya nanti..adakah nur akan bersama Adam akhirnya? tapi aku rase memang mereka akan bersama..tapi si Aidil ni pon suke kat nur nie...huhu.oklah malas nak pk.baik tgk je crite ni sampai habis..lagi bagus.okeh.crite nur kasih pon sudah tamat.aku punya crite pon sudah tamatla nampak nye..hehhe :)

oklah , yang lain kalau ada yang tak pernah tgk , cube la tgk.memang tak rugi.setiap hari Jumaat , pukul 9 hingga 10 malam.Oklah,Happy Weekend smua~Slamat Liburann....Daaaa.

p/s : Semoga impian aku tercapai.Aminnn~



2 comments:

Hanis Amanina said...

adam nak balik australia dahh.. tinggal nur sorg2.. huhu

Anonymous said...

Yes undoubtedly, in some moments I can reveal that I jibe consent to with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is even now a question as you did in the downgrade delivery of this request www.google.com/ie?as_q=smartalec pc accelerator 2007 professional suite 1.3 ?
I noticed the utter you suffer with not used. Or you use the pitch-dark methods of helping of the resource. I have a week and do necheg