Wednesday, January 6, 2010

empat beranak dibunuh kejam..

Astaghfirullah..mengucap panjang aku bile trime berite ni.mana taknya mangsa Siti Khatijah adlh kwn skola aku masa kat gemencheh.Kebetulan mase aku trima brite dari Syanis(kwn mase kt mencheh gak) aku tgh belek2 gambar arwah utk discan..memang terkejut betul aku.Aku harap pembunuh tu dapat ditangkap segera dan dapat hukuman setimpal.sampai hati die bunuh orang2 tak berdosa.Sial! bace la paper utk tau lebih lanjut.yang ni aku amik dari berita harian..

Crdt to : Berita Harian

Empat beranak mati ngeri

Oleh Ifwan Tun Tuah dan Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.my


MAYAT empat beranak yang ditemui mati dalam dua rumah di kebun getah di Kampung Bukit Rokan, dekat Tampin, semalam diletak dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.

Bekas imam, isteri putus tangan


  • Pisau tertusuk di dada cucu




  • Kepala menantu dipenggal

    TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.

    Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.


    Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.

    "Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi.

    Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.


    DUA anak bekas imam, Kamariah dan Badariah (kanan) sebak melihat keadaan mayat ahli keluarga mereka.
    Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.

    Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.

    Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.

    Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam.


    Rashidi Ismail
    Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.

    "Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.

    "Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada," katanya.

    Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.

    "Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu," katanya.

    Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.

    Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer.



  • 3 comments:

    adey manis said...

    MCM LEBIH KPD DENDAM, SBB SEMUA MANGSA ADA PERTALIAN DRAH. SMOA ARWAH2 DTEMPATKN BERSAMA ORG2 SOLEH. DAN PEMBUNUH MENERIMA HUKUMAN SETIMPAL. AMIN

    adey manis said...

    NK BUNUH ORG TUA DGN WANITA AJE... DAYUS SUNGGUH PEMBUNUH NI. DIA TAHU MANGSA2 NI LEMAH, NAK AMIK KESEMPATAN. DAYUS, DAYUS!

    Kak Bunga said...

    kawan waniey??
    takziah akk ucapkn...
    mmg sadis la kejadian ni