Sunday, January 2, 2011

resepi sliced cheese cake

Fluffy isn't ? haha

Bahan2..

oklah hari ni nk share this resepi yang saya dapatkan secara google..boleh try kalau suka..biasanya kita dengar cheese cake ni dari cream cheese je kan..? hari ni kite try buat guna sliced cheese cake..hehe..nasib baik lah ada cheese kat umah nihh.kiranya nak abis kan stok ajolah gitu..dont bahannya adalah senang sebab rata2 semua bahannya ada kat rumah kan..?
ok..bahannya adalah:

1 cawan tepung gandum (saye lebihkan sedikit) -diayak
1 cawan gula halus (saya kurangkan sedikit
1 kotak susu segar (any brands)
4-5 sliced cheese (any brands)
1 penutup esen vanilla
100g butter @ majerin
4biji telur (asingkan kuning dan putih)

cara2:
1.Masukkan sliced cheese dan susu ke dalam periuk..panaskan kat api yg perlahan..dah nampak cair masukkan butter..kasi butter cair tutup api biarkan sejuk kejap..
2.pukul telur putih + gula halus sampai membentuk meringue..nk tau cemane meringue tu jadi ke tak..korang terbalikkan bowl takkan tertumpah.kalau tumpah sila ulang langkah 2 kembali..pastikan tiada kuning telur,air dan lain2 yang bole menganggu proses meringue(sila google meringue utk tengok cemane tekstur nya)
3.Bekas lain..pukul telur kuning tadi sampai kembang,lepas tu masukkan campuran cheese tadi kedalam bekas yg lebih besar untuk proses seterusnya..(sekali lah korang masukkan telur kuning tadi k)
4.kasi kacau itu sebatian pastu masukkan tepung sedikit demi sedikit..last skali masukkan meringue tadi..pastu kacau sampai sebati secara kaup balik..gunakan senduk kayu utk memudahkan proses..
5.Sediakan loyang dan griskan dengan majerin atau butter letak kertas minyak pastu tuang adunan tadi...
6.Bakar adunan dengan kaedah bain marie @ water bath..mcmana? sila rujuk sini sayang
----------->> KAEDAH BAIN MARIE @ WATER BATH <--------------- kaedah ni mcm lebih kurang kita kukus laa kan..?
7.ok suhu yang digunakan adalah 170C selama 20 minit , kurangkan suhu 140C selama 40minit.
8.Hias ikut suka korang :)

Resepi asal dari Onigiri.

2 comments:

ciek niena said...

wah, senang nya,. hehe,. nak try wat la nty...hehe.

Shazwani said...

cubalah.nanti bgtau ea.heheh :)