Sunday, November 20, 2011

Resepi: Chocolate Chip Cookies


fuh fuhh..blog dibiar bersarang labah² dan pelbagai jenis binatang lain yang bersarang termasuk spammer.Eh? tibe-tibe pulak..Hei :) lamanya tak jenguk blog ni..To be honest tak rindu pun.hahaha.jk.masa lebih banyak terhabis dengan blogwalking dan tumblr dan twitter sahaja.Fb pun skarang dah jarang..macam boring jer.Oklah kita mulakan entri ringan-ringan dulu eh..kita bagi resepi chocolate chip cookies :) senang je..kalau nak ikutkan ni kali kedua buat,permintaan ayah ya dibuat aja..sementara masih fresh dan tak malas boleh la dijadikan modal untuk mengupdate blog kan..oklah tak perlu intro yang panjang..nah resepi yang telah diubahsuai sedikit :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan padat gula perang (part gula ni korang bole adjust sendiri nak tawar lagi ke macam eh..kalau ikut resepi asal guna 1 cawan setiap gula)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil air panas
  • 1 cawan butter/majerin
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 1 cawan chocolate chip
  • 1 cawan chocolate rice
  • 1 1/2 cawan sebarang kekacang (walnut,gajus,badam) etc tak letak pun okay je..
cara²:

  1. pukul gula dan butter sampai gebu/putih masukkan esen vanila dan telur pukul lagi.
  2. campurkan 2 sudu air panas dengan soda bikarbonat lepas tu masukkan dalam batter tadi.Pukul lagi
  3. masukkan tepung sikit² atau masukkan terus,kacau dengan senduk kayu atau nak pukul pun boleh aje..dah sebati masukkan kekacang,chocolate chip
  4. sudukan kat dalam loyang,sapukan majerin untuk elak lekat..tak letak pun takpe sbb tak lekat kot..
  5. masukkan dalam oven bakar 170darjah celcius selama 15-20min @ sampai masak.
  6. biarkan sejuk atas rak wayar,takde rak wayar pun takde masalah tunggu sejuk lepas tu masukkan dalam bekas kedap udara pastu makan laaa..
ps: jangan lupa panas kan oven dulu ehh... 170darjah celcius gak..


No comments: