Tuesday, February 19, 2013

Kegagalan buah pinggang & Sakit pinggang


Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak update entry berciri keilmuan sedikit.Sebab tadi saya layan sinetron Aliya.So, this one character sape eh name die..??? kegagalan buah pinggang katenya.So itu bukanlah masalahnya, yang menjadi masalah buat kami yang bekerja dalam bidang dialisis ni adalah..bila dia nak belari carik Gisha lepas dia tau Gisha nak donor ginjal dia pegang pinggang die.Waaat? tolong jangan buat lawak boleh? kitorg dlm centre gelak ah dengan aksi tersebut.Sumpah sakit buah pinggang/kegagalan buah pinggang,End stage of renal Failure ini adalah sama sekali tiada kena mengena dengan sakit pinggang.Tolonglah.Geli hati okey tengok.Walaupun kitorg tau,stiap kali layan sinetron ni kita mesti diperbodohkan oleh mereka.Ada aje halangan itu ini..Tapi masih lagi nak tengokkan.Tu pasai Julia Perez ngaku sinetron dekat sana lagi hebat dari Malaysia ni.Puiii~ tolonglah Malaysia punya gambar lagi baguslah.Eh~ dah merepek jauh dah ni..huhu.

Baiklah,marilah saya clarify disini bahawa,bila kamu dikatakan menghidap ESRF , antara simptom yang mungkin korang hadapi...ya idaklah saya tulis semuanya.boleh google ya.


  1. Muka bengkak².Sembap gitu...macam penuh je muka dengan air.ni slalu blaku kt patient bile dah 2 hari tak dialisis.mula la muka masing² bengkak..huhu :) nanti lepas cuci muka kembali normal.
  2. sesak nafas.ni slalu ahh..tidur malam mcm susah aje.rase tak sedap ah.sebab air banyak sgtkan..so susah la tidur.
  3. rasa loya..nak muntah segala.Disebabkan buah pinggang tidak lagi berfungsi seperti biasa jadi sisa² toksik idak la boleh dikeluarkan oleh tubuh..Jadi mulalah badan tu rasa pening loya nak muntah segala.Jadi cegahlah dulu sebelum terlambat.Minum air banyak,supaya buah pinggang kita boleh berfungsi dengan baik.Bila cukup air ginjal kita boleh bekerja dengan baikkan.Oh ye,ape juga supplement yang korang amik..tolonglah minum air banyak.Kalau tak,macam mana la supplement tu nak hancur dengan betui..(Maap saye tak tulis dengan saintifik.Sekadar pemahaman masing2 la eh) nanti ginjal kena bekerja keras pulak.huhuh
ok.tu jelah.yang lain..boleh google..mungkin tanda² diatas adalah penyebab penyakit lain.cepat2 jumpa doktor okeh! Sebab bila doktor dah sahkan korang menghidap ESRF maka,hayat korang adalah bergantung sepenuhnya pada mesin dialisis.Korang ada banyak pilihan,samada nak cuci air(peritoneal dialysis) hat ni memang sumpah leceh gila sebab korang memang susah nak kluar rumah..since korang buat ni kat rumah aje..perlu persekitaran/bilik khas.Atau korang buat hemodialisis(cuci darah) yang ni korang kena cuci darah 3 kali seminggu untuk meneruskan hidup.bila dah buat dialisis ni,banyak jugak halangan,..korang tak bole buat keja berat..tak boleh angkat lebih dari 3kilo barang2..tak boleh minum air..tak boleh makan sedap2..kena jage fosfat..kena amik calcium carbonate dengan makanan supaya fosfat korang tak tinggi.sebab bila tinggi..bole sebabkan tulang korang cepat patah..dialisis ni dia tarik semua yang ada kat badan..jadi banyakla kena pantang.Tambah sekarang ni..makanan semua alahai..dicucuk itu dicucuk ini..kena lah jaga semua kan.Jadi sebelum terlambat jaga kesihatan.Kadar pesakit yang buat dialisis ni pun dah bertambah.Kalau masa saya mula2 kerja tahun 2010 tu..adalah dalam 12 orang pesakit(since aku duk branch jadi patient tak ramai) lepas 2012 naik ke 2013 sekarang dah hampir 40 pesakit..nampak tak pertumbuhannya tu? patient paling muda yang ada kat branch umur 22thn..Sebenarnya baby pun ada gak yang kena..tapi kebanyakkannya kat hosp gov la..Kesiankan?

Okey lagi sikit nak tambah,tapi ni cuma teori aku..Dan takde kena mengena pun dengan sudut saintifik eh.Jadi korang jangan lah takut pulak.Tapi setiap kali aku selak patient file,kebanyakkannya adalah berdarah A,B,AB .dan percent darah O adalah lebih kurang 2 3 orang aje...haha.Okeh dah.Byeee~^^

No comments: