Monday, April 15, 2013

Qunut Nazilah

Assalamualaikum :)

korang pernah dengar qunut nazilah tak? sebelum ni pernah dengar jer tapi tak pernah dengar orang baca,jadi semalam subuh kat masjid berpeluang dengar ustaz yang imamkan solat tu baca...Apa tu qunut nazilah?

Qunut Nazilah dibaca apabila kita di timpa satu musibah seperti dizalimi,ditimpa wabak ataupun ketakutan.Bila-bila waktu solat pun kita boleh baca.Nabi Muhammad SAW pernah membaca qunut ni ketika kejadian pembunuhan para penghafaz Al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis riwayat Bukhari & Muslim.


Maksud: Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah membaca doa qunut pada waktu selain Subuh,ketika berlakunya pembunuhan sahabat² para penghafaz Al-Quran.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Tatacara bacaan Qunut Nazilah:

1.Sekiranya dibaca pada solat subuh,Baca qunut macam biasa dan diikuti dengan qunut nazilah.
2.Kalau imam tak hafal qunut nazilah,boleh dibaca selepas solat.
3.Kalau secara berjemaah imam perlu bagitahu makmum dulu dan jangan lupa amin kan doa imam..
4.Qunut dibaca pada waktu iktidal selepas ruku' rakaat terakhir.



No comments: