Tuesday, May 7, 2013

selepas pilihanraya

Assalamualaikum selamat pagi.

Topik pagi ni mungkin cenderung politik, jadi diharapkan kalau anda tidak suka boleh berhenti baca setakat ini.Okey start.Aku sebagai salah seorang rakyat yang turun mengundi pada 5/5/2013 hari tu rasa begitu terpanggil untuk membuat kesimpulan aku sendiri kerana aku berasa sangatlah tertipu kerana hak aku sebagai seorang rakyat warganegara Malaysia yang mahukan pemimpin yang berwibawa telah ditidakkan oleh manusia-manusia yang punya kepentingan sendiri.Kemana hilangnya hak aku? katanya negara Malaysia ni menjalankan demokrasi tapi apa yang aku lihat sebaliknya.Sedih.

Bermula dengan dakwat kekal yang tidak kekal mana,sebelum kalian semua berkata bukan-bukan,Yang aku pertikaikan ni adalah berasas sebab Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  sendiri yang cakap dakwat akan kekal selam 5-7 hari tapi apa yang aku lihat,tak sampai sehari dakwat itu kekal..mustahil untuk dakwat yang mengandung silver nitrate yang katanya dengan menggunakan apa sekali bahan kimia pun tidak akan luntur, tak perlu bahan kimia kau buat kerja rumah basuh pinggan,basuh baju hilang sudah kesan dakwat tersebut.Jadi aku nak pertikaikan betul ke harga dakwat kekal tersebut 5juta seperti yang dijelaskan.? itu duit kami,duit rakyat.Jadi aku berhak tahu berhak pertikaikan kalau harganya tidak berbaloi.Jadi sebelum kalian bertanya,siapa yang minta dakwat kekal dijalankan baca balik apa yang aku tulis.Ini duit aku , duit kau yang membayar cukai.Kita adalah Tuan mereka.Mereka bekerja untuk kita.Ingat tu.


Kemudian,Kehadiran pengundi-pengundi yang jelas kita nampak berwajah persis Bangladesh,Indonesia malah loghat mereka sangat pekat dengan bahasa mereka.Masih lagi pertikaikan? Apakah mereka ini serupa bangsa kita?




.

masih mahu pertahankan? seperti yang dikatakan dalam tv3, tiada pengundi hantu dan lain².Terpulang.Ini hak aku,aku mahu bersuara.Kemana perginya maruah seorang pemimpin yang bergantung harap pada warga negara lain untuk membuang undi untuk mereka.Aku harap mereka berasa malu semasa mengangkat sumpah menjadi pemimpin.Takpa, kalau tak mahu malu pada rakyat tapi malu lah pada diri sendiri dan Allah swt yang engkau telah menipu kami untuk menjadi pemimpin.Kalau tiada rasa malu,maaf cakap telah hilang iman kamu.Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar,Rasulullah SAW bersabda:

“ Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang” (Baihaqi)

Ketua SPR juga telah menafikan kejadian blackout berlaku di beberapa tempat.Jadi apakah gambar yang tersebar banyak dalam Fb adalah satu superimpose yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? maaf.Apa yang mereka dapat? tiada...Bagi aku senang,petugas-petugas SPR ni sekiranya mereka tidak amanah dalam melakukan perkiraan,Aku harap mereka tidak akan hidup senang,hidup mereka diselubung rasa bersalah seumur hidup kerana telah bersengkongkol dengan orang yang tidak bertanggungjawab malah menafikan hak kami sebagai seorang rakyat Malaysia.Aku tidak redha walau sedikit pun.


Apa pun, aku tidaklah menyalahkan semua pemimpin BN, sebab aku percaya separuh daripada mereka memang dipilih oleh rakyat kerana kewibawaan mereka.Seperti YB Saifuddin Abdullah dari Temerloh yang kalah pada tangan Ketua Pemuda PAS tetapi masih lagi mengucapkan tahniah dengan rasa rendah dirinya,Tahukah anda YB Saifuddin sangatlah dihormati dan disukai oleh anak-anak muda? cuma nasib tak menyebelahi beliau PRU 13 ini.Dan aku sangat kagum dan hormat pada beliau.Tidak seperti beberapa pemimpin BN yang sudah kalah lalu menyalahkan rakyat dan berkata mereka tidak bersyukur? bukankah ini hak rakyat untuk memilih.Macam kat tempat aku,terang-terang beliau adalah pemimpin zalim,pernah mengkhianati rakyat,rasuah dll kenapa masih mahu mengangkat mereka sebagai seorang pemimpin? Allah..Kenapa menidakkan seorang pemimpin yang berciri keislaman yang boleh membawa sinar kat tempat kamu? Tak mahu kah perubahan seperti itu ditempat kita? ada majlis ilmu...ada ustaz/ustazah boleh mengajar ilmu agama..


Sentimen kaum yang kalian mainkan? bertujuan apa? kenapa kalian begitu takut dengan Cina? di Selangor ada je Cina mengundi PAS, kenapa kalian takut sangat bila DAP menang banyak? Tapi kalian sedikit pun tidak takut bila pemimpin-pemimpin kamu sendiri mempermainkan agama kamu? kamu begitu risau dengan hak kamu sebagai Melayu tapi sedikit tidak risau hak kamu sebagai seorang muslim di tidakkan oleh bangsa kamu sendiri.Kamu pertikaikan,kalau orang-orang Cina naik jadi pemimpin kamu takut hak keistimewaan melayu kamu hilang,jadi seperti negara Singapura..tidak boleh azan tidak boleh itu dan ini.Soalan saya senangnya semasa kita masih diperintah oleh Pemimpin yang beragama Islam ni,adakah kita betul-betul menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim? pokoknya terpulang kepada nawaitu masing-masing,kalau semasa kita punya pemimpin islam pun masih lagi berat nak buat benda-benda tu semua tak perlulah kalian bising dengan hilangnya hak kamu itu dan ini.Tahukah kalian ada pemimpin islam kita sendiri yang meluluskan supaya tidak boleh azan dibeberapa kawasan yang punya penduduk berlainan kaum? fikir-fikirkan.
OKehlah cukup setakat ini.Maaf kalau ada salah cakap.Akhir kata, sekiranya kita salah memilih pemimpin ingatlah itu semua akan dihisab.Pada yang tidak mengundi sebab anda rasa orang lain dah mengundi,percayalah itu pun akan dihisab.Tak kiralah apa pun perbuatan kita sekecil zarah pun akan dihisab.Memang aku pun ada kelemahan dan aku sedang berusaha untuk menuju kearah yang lebih baik.Jadi doa-doakan lah supaya aku dan kau tak lari dari landasan sebenar.Tak salah berhibur asalkan kita tahu hadnya.Wallahua'lam :)





No comments: