Friday, March 26, 2010

bye!

aku memang tak suka dgn perpisahan.tapi aku tau setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.mcm tu jugak dengan hubungan kita.mungkin inilah end up nya dan aku terima.ye.aku redha.aku kena kuat.memang bukan takdir kita bersama setelah hampir 5tahun kita bersama.apa yang kita harapkan tak menjadi.takpe.kita berpisah bukan sebab saling membenci atau apa2.tapi atas pilihan keluarga kau yang mahu jodohkan kau dengan dia.memang susah sebenarnya nak aku trima,tapi ape bole aku cakap lagi? kita tak sama darjat.kau ngan dia memang sepadan.sama2 ada pangkat.tak mungkin family kau nak trima aku yg punya latar blakang yg sederhana saja.aku doakan yang terbaik buat kau dan aku harapkan apa yang mummy kau nak tengok kau bahagia dengan pilihannya tercapai.aku tetap akan move on.walaupun kau tanak.aku tetap jalan jugak.aku takkan toleh belakang lagi.aku tanak dituduh perempuan murahan atau perosak rumah tangga orang.aku memang tanak skali pun title tu.aku harap kau bukakan lah hati kau trima dia dalam hidup kau.bukankah kau pilih dia? aku kuat.dan kau mesti kuat jugak! aku sesekali takkan tunjukkan yang aku ni lemah biar aku simpan elok2 dalam hati.semoga kebahagiaan milik kau.doakan aku jugak ye.aku pon teringin rasa bahagia..slamat tinggal...terima kasih utk segala2 nya selama kita kenal..aku takkan lupakan kau,utk kau lupakan aku tepulang :') . yg penting tiada dendam antara aku dan kau.

3 comments:

Kak Bunga said...

knape ni syg???? dia dah nikah ke ???

Shazwani said...

3hb die kawin.. wuaaaaa.so mayb 2hb die nikah la kot.

Shazwani said...

bulan 4.