Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Mati Dibunuh dan Jawatan Kosong Di Kementeri Pelajaran Malaysia

Dipetik dari Hmetro:

BANTING: Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.


Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit seluas 1.6 hektar itu, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.


Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.


Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.


Off Topic!


Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – eGST telah dibuka bermula 1 September 2010 sehingga 30 September 2010.

Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja.

Tarikh semakan temu duga dijadualkan pada 18 Oktober 2010 – 22 Oktober 2010


Klik sini bagi tujuan permohonan secara Online

No comments: