Tuesday, September 7, 2010

saat perpisahan terakhir

setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir....

tiba-tiba terngiang2 pulak lagu tu kat telinga..dan mengingatkan aku pada kejadian semalam.Salah seorang daripada pesakit ku baru sahaja kehilangan anak perempuannya akibat serangan jantung.Disebabkan oleh keadaannya yang tidak lagi kuat dan perlu menjalani hemodialisis,Wan Timah tidak dapat melihat wajah terakhir anaknya yang jauh di Perlis.Wan Timah pernah menghidap strok dan kini sedikit pulih seperti sudah mampu menggerakkan anggota badan cuma kadang-kadang daya pemikirannya sedikit lemah,cuma mungkin takut menyusahkan maka ditinggalnya Wan Timah dijaga oleh cucunya.

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri dan sekiranya berlaku perpisahan kekal ini,pasti idulftri tersebut jadi begitu suram.Dan aku pasti sangat2 pasti Raya Wan Timah akan begitu..mana taknya, semalam sahaja waktu datang Wan Timah sudah menangis-nangis mahu pergi..Diratibnya berkali-kali "macamano nak pogi..mcmano nk pogi.."Sambil air mata tak henti-henti mengalir.Ya Allah..aku hanya mampu menahan sebak.tak sanggup nak tengok lama-lama.Bila aku dekat ngan dia cepat dia tangkap tangan aku dan genggam erat langsung mengalir air mata..Aduh! sumpah tak tahan.aku hanya mampu cakap sabar saja pada Wan Timah..cepat-cepat aku jauhkan diriku pada Wan Timah takut ternangis sekali..Klinik sangat suram semalam..mungkin faham dengan situasi wan Timah..

Ya Allah,kau kuatkan lah hati Wan Timah..Semoga dia redha menerima dugaan ini..

p/s: Hmm.Hati kena kuat kalau nak kerja bahagian hospital/klinik ni.Terutamanya bila dekat dengan pesakit & aku bukanlah orang yang layak...

No comments: