Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Kegagalan buah pinggang & Sakit pinggang


Assalamualaikum :)

Hari ni saya nak update entry berciri keilmuan sedikit.Sebab tadi saya layan sinetron Aliya.So, this one character sape eh name die..??? kegagalan buah pinggang katenya.So itu bukanlah masalahnya, yang menjadi masalah buat kami yang bekerja dalam bidang dialisis ni adalah..bila dia nak belari carik Gisha lepas dia tau Gisha nak donor ginjal dia pegang pinggang die.Waaat? tolong jangan buat lawak boleh? kitorg dlm centre gelak ah dengan aksi tersebut.Sumpah sakit buah pinggang/kegagalan buah pinggang,End stage of renal Failure ini adalah sama sekali tiada kena mengena dengan sakit pinggang.Tolonglah.Geli hati okey tengok.Walaupun kitorg tau,stiap kali layan sinetron ni kita mesti diperbodohkan oleh mereka.Ada aje halangan itu ini..Tapi masih lagi nak tengokkan.Tu pasai Julia Perez ngaku sinetron dekat sana lagi hebat dari Malaysia ni.Puiii~ tolonglah Malaysia punya gambar lagi baguslah.Eh~ dah merepek jauh dah ni..huhu.

Baiklah,marilah saya clarify disini bahawa,bila kamu dikatakan menghidap ESRF , antara simptom yang mungkin korang hadapi...ya idaklah saya tulis semuanya.boleh google ya.


  1. Muka bengkak².Sembap gitu...macam penuh je muka dengan air.ni slalu blaku kt patient bile dah 2 hari tak dialisis.mula la muka masing² bengkak..huhu :) nanti lepas cuci muka kembali normal.
  2. sesak nafas.ni slalu ahh..tidur malam mcm susah aje.rase tak sedap ah.sebab air banyak sgtkan..so susah la tidur.
  3. rasa loya..nak muntah segala.Disebabkan buah pinggang tidak lagi berfungsi seperti biasa jadi sisa² toksik idak la boleh dikeluarkan oleh tubuh..Jadi mulalah badan tu rasa pening loya nak muntah segala.Jadi cegahlah dulu sebelum terlambat.Minum air banyak,supaya buah pinggang kita boleh berfungsi dengan baik.Bila cukup air ginjal kita boleh bekerja dengan baikkan.Oh ye,ape juga supplement yang korang amik..tolonglah minum air banyak.Kalau tak,macam mana la supplement tu nak hancur dengan betui..(Maap saye tak tulis dengan saintifik.Sekadar pemahaman masing2 la eh) nanti ginjal kena bekerja keras pulak.huhuh
ok.tu jelah.yang lain..boleh google..mungkin tanda² diatas adalah penyebab penyakit lain.cepat2 jumpa doktor okeh! Sebab bila doktor dah sahkan korang menghidap ESRF maka,hayat korang adalah bergantung sepenuhnya pada mesin dialisis.Korang ada banyak pilihan,samada nak cuci air(peritoneal dialysis) hat ni memang sumpah leceh gila sebab korang memang susah nak kluar rumah..since korang buat ni kat rumah aje..perlu persekitaran/bilik khas.Atau korang buat hemodialisis(cuci darah) yang ni korang kena cuci darah 3 kali seminggu untuk meneruskan hidup.bila dah buat dialisis ni,banyak jugak halangan,..korang tak bole buat keja berat..tak boleh angkat lebih dari 3kilo barang2..tak boleh minum air..tak boleh makan sedap2..kena jage fosfat..kena amik calcium carbonate dengan makanan supaya fosfat korang tak tinggi.sebab bila tinggi..bole sebabkan tulang korang cepat patah..dialisis ni dia tarik semua yang ada kat badan..jadi banyakla kena pantang.Tambah sekarang ni..makanan semua alahai..dicucuk itu dicucuk ini..kena lah jaga semua kan.Jadi sebelum terlambat jaga kesihatan.Kadar pesakit yang buat dialisis ni pun dah bertambah.Kalau masa saya mula2 kerja tahun 2010 tu..adalah dalam 12 orang pesakit(since aku duk branch jadi patient tak ramai) lepas 2012 naik ke 2013 sekarang dah hampir 40 pesakit..nampak tak pertumbuhannya tu? patient paling muda yang ada kat branch umur 22thn..Sebenarnya baby pun ada gak yang kena..tapi kebanyakkannya kat hosp gov la..Kesiankan?

Okey lagi sikit nak tambah,tapi ni cuma teori aku..Dan takde kena mengena pun dengan sudut saintifik eh.Jadi korang jangan lah takut pulak.Tapi setiap kali aku selak patient file,kebanyakkannya adalah berdarah A,B,AB .dan percent darah O adalah lebih kurang 2 3 orang aje...haha.Okeh dah.Byeee~^^

Saturday, February 9, 2013

malulah..

semalam tengok video seorang artis buat ucapan lalu nyanyi lagu ombak rindu sambil nangis.Alahai~ malunya saya tengok...ingatkan betullah sedih mcm group tu cakap..saye dah get ready dah.but at the end saye tegelak sendiri tengok..kenapa sampai macam tu skali? boleh tak jangan sebab seorang lelaki kita jatuhkan martabat kite? kan banyak lagi lelaki lain..memanglah dia first love awak ke ape..tak kisahlah.yang penting restu mak abah awak tu..kalau diorang tak restu hubungan tu takkan jadi..tak cantik tak smooth.oklah² tak kena kat diri sendiri boleh cakap...heh! penah kot..tapi takde sampai nak canang satu dunia..biasalah putus cinta..nangis jugak..cuma record video lalu bagitau satu dunia adalah tindakan yang paling tak wajarlah.malulah orang tengok kita nangis sedu-sedan.tunjuklah sikit kat laki tu awak boleh jadi lebih kuat tanpa dia.Kalau tengok cara lelaki tu bercakap dengan abah awak pun nampak tak sopannya..nampak kurang diasuhnya...Takkan orang macam tu awak nak buat suami..Awak cantik manis lemah lembut mesti akan ada jodoh yang lebih baik untuk awak...ape kate awak buang balik video tu..malu okeh.

Thursday, January 24, 2013

Masalah betul.

masalah pulak kau bila muka aku tak cantik?

masalah pulak kau bila aku memilih tanak orang jelai?

sekarang aku nak tanya,ada aku cakap aku nak orang yang kacak tapi bukan orang jelai..ada?

takde kan..Jadi bila bercakap tu..tolong sedar diri dan cermin diri dahulu.Dengar betul² apa orang cakap.Sudahlah menyampuk.eh tak..bukan menyampuk tapi mengata tapi tak sedar yang aku dengar apa kau cakap. :)

ni aku nak pesan sikit,tolong jangan hipokrit sangat.Lagi elok muka kita buruk dari macam kau sudah la buruk,gemuk perut buncit hati lagi busuk dan hipokrit! maaf pakcik!kau memang tak layak ah nak mengata orang dan menghukum orang~ tengokkk..aku dah kelaut cerita pasal kau nih.Dah sakit pun tak sedar diri kan....
tolong jaga diri dan jaga mulut kau laki bini.

Revenge is Sweet pakcik! tolong tunggu dan lihat apa yang saya akan buat..sebab saya seorang pendendam!! :)

Memang aku marah! tolong jangan sampai aku buat kau tak wujud je sebagai seorang pesakit~

Monday, April 4, 2011

Penipu Online Shop

Haishhh.Tak baik betul lah dengan seseorang ni.Yap ! memang dia dah menipu duit kau dan ambil masa hampir 3 tahun utk kau tunggu..Tapi tak boleh ke kau tutup sikit aib dia..Kan dia dah janji akan bayar pada certain2 tarikh..dan minta kau jangan publish anything bout ur conversationn..Napa buat jugakk..? Kesian okay.Dia ada family ++ dia kena settle banyak duit utk dia refund..so mungkin duit dia dah banyak abis kat situ and perlu tunggu gaji..kesian okay dah kena serang mcm2 dari orang yg dia tipu..boleh gila kot.Siap ayah dia pun dah tolong..Come on , mana pegi rasa kemanusiaan kau..sabar lah sikit..ni kau desak2 lagi dia..hish.Tak patut sungguh..kau publish pulak tu conversation kau..kalau lepas tarikh yang ditetapkan die still tak refund baru lah buat...ni kau? hurmmm..

Okay..Mesti kau cakap tak kena kat batang idung sendiri boleh la cakap..Mungkin lah aku rasa marah tapi aku rasa aku masih ada lagi rasa timbang rasa....Anyway cepat2 la buat report polis..well i gues dari convers. korang tu mcm kau seorang polis..so buatla report senang je kan.Ok entri ini bukan nak carik gaduh sekadar pendapat 10sen dan rasa simpati teramat pada cik.P..Sekian

Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata
dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda,

Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Sahih Sunan Tirmizi, no hadis: 165

Friday, March 11, 2011

dear nuffnang

Hai nuffnang :D
awak makin kaya dah ni..kenapa iklan kat blog saya takda satu pon jadi BE ? why nuffnang why???
mcmana saya nak bayar duit ptptn saya nih...isk isk isk..kedekut skarang eh..
takpe2

Saturday, March 5, 2011

Imam Muda Asyraf


Credit to: Facebook Imam Muda Asyraf

Alhamdulillah..Semalam imam muda Asyraf datang bagi ceramah kat Masjid Jamek Gemas sempenan Maulidur Rasul :) Ramai jemaah yang datang sampai kereta kat jalan seberang masjid pun penuh..Dahsyat jugak fenomena IM Asyraf nihh.Ustaz sampai selepas jemaah slesai solat maghrib..ustaz minta p hotel sat nak tukar baju dan prepare ape yang patut lah agaknya..Dia datang dengan isterinya Kak Husna..Cantik orang nya..hehe

alamak balik keje kang sambung lah.kang lambat g keje pulakkkk.miahahha :D

Ehh..Ustaz reply komen kite lahh.miahahah :)
oklah sambung balik heh...Ustaz sampai dalam pukul 7lebih lahh..dah selesai jemaah solat maghrib..So ustaz pegila hotel rehat && siap2 dulu..lepas lebih kurang 1/2 jam ustaz pon sampai..kebetulan time ustaz sampai ADUN Gemas pun sampai Datuk Zainab...so dah salam² azab isyak pun bunyi..Ustaz Asyraf yang imamkan kitorg..Merdu betul suaranya..Hee..Sayu..Usai solat ceramah pun mula..Apa yang leh simpul ustaz kasi ceramah mmg bes..tapi masih bole dibaiki..apa2 pun..menitik la jugak air mata sebab pasal kekasih kita dia bincangkan...Yaa..Nabi Muhammad SAW..ustaz ada klaka so tak la ngntuk..tapi aku tensen betul bilaa budak sebelah aku sibuk bising panas...makcik sebelah nak berlunjur kaki.....sandar kat tiang..jadi takleh nk fokus sgt..hampeh tol...huhu.oklah tu aje..Wassalm.

Tuesday, February 22, 2011

Sedang Diuji


Allah sedang menguji aku :]
Ditariknya nikmat menghidu..Tak mampu untuk menghidu dengan baik..tiada bau yang dapat dibau...Takpa itu tandanya Allah masih ingat pada aku.

Mula² hidung tersumbat..Selesema..Masih Selesema..Hidung tak tersumbat lagi..Tapi telinga belah kiri pulak tersumbat.jadi kurang pendengaran..Jadi tak dapat mendengar dengan baik..Agaknya telinga banyak sangat dengar benda laghaa..

em..harap² tak lama lah sakit ni...tapi dah nak masuk seminggu jugak.Redha aja..Cuma tak tahan banyak kali kena pegi buang mukus..Takkan nak srot sret srot sret depan patient.Goli lah diorang nanti.hahaha :) Doakan aku cepat sembuh ya.

Tata :D

Saturday, February 19, 2011

buat kerja biar ikhlas boleh tak?

nak membebel sendiri.Harap maaf pada yang terasa.Aku memang penat sangat deal dengan orang yang sebenarnya dah takda minat nak kerja.Ada lah sorang staff kat tempat kerja aku niii *berdoa semoga tiada yang baca blog akuuuuuu* grrrr.buat kerja nak tanak ajaaa.kita tau lah awak dah jadi sub-kontraktor..apa semua kan..tapi tolong lah k.time kerja bebetul lah kerja...jangan lah sebab rumah kau jauh..kau datang kerja pun lewat..kalau tak takda guna lah jadual tugasan yang dibuat kalau kat tak ikutt ! kalau time tu turn kau bukak pintuuuu..bukak ahhhh.takkan lah orang lain nak bukakk..skali dua aku boleh tahan lagii.tapi kalau dah berulang kalii..sendiri faham lahh..makan gaji buta jelahh kannn??? tolong lah k...Tak adil lah kalau orang lain kena tolong bukak utk kauu..kalau dah time kata 7.30am bukakk.sblm 7.30 mai lahh.tak susah sgt..kena pulak skarng jalan dah ada shortcut...kenapa lambat..??????? eeeeeeeeeeeeee...gerammnyaaaa ! tensen tau takkk.Aku sendiri pula nampak mcm tak ikhlas... :'( benci tau !

Saturday, February 12, 2011

silent reader @ sebaliknya ?

pic credit to google :)

aku suka baca blog orang.tapi as a silent reader shj.aku prefer jadi silent reader sbb segan kot nak tego2 diorg ni..kebanyakkannya mana yg aku letak kat bloglist ni mmg aku slalu baca & sudah pasti secara diam.haha.segan gile nak tegurr..takut nanti diorg ckp.."ehh pehal minah niii..tak kenal pon" gile psiko aku ni k..tapi nak wat cemane..memang itu perangai aku kot..penyegan tak ingat..teruk rasanya perangai ni kan..? nampak mcm tak frenly..tapi kadang2 tekejut jugak bile tuan blog yg slalu aku baca secara senyap mai & tegur..haha.lepas tu aku diamm xtgur balikk..mesti org ingt sy sombonggg..taklah tapi sebab takuttt!!!! apesal tah kann..kikihkihkih..oklah.slamat berhujung minggu :D

Tuesday, February 8, 2011

pelik

Mana datang ya babi hutan dihujung lorong perumahan saya ni..? sbb sebelahnya adalah skolah.pelik2..bkan sekor tapi berkumpulan..ada orang bela ke..? eh babi hutan bole belaa ka..?
eeee...peliknyaa..nak kena siasat ke nih?? nak report kat JKKK taman ke..? jap lg nak tnya ayah.
huhuh.

oh.setelah hampir seminggu habis nya banjir..Gemas berfungsi seperti sediakala..tapi masih ada kedai yang buat jualan murah banjir..best ! dgn avon2 skali ada jualan murah kot.kesian! pc siap berjemur...lagi..one of my patient dah mati..dia adalah chinese.mati semasa tidur..difahamkan..anaknya kejut dari tidur dia tak sedar2..kesian sgt.dah la mati sorg2..RIP auntie YAP...

Tadi mencuci-cuci dekat stor yang terkena banjir.lol.baru dapat cuci..sbb sebelum ni takda air.dah la kekurangan staff..hanya 2 org je perlu buat kerja..likeeee..weh kena angkut air dr atas kot.susahnya..nasib baik ada hairul tolong..cpt sikit keja siap.bau jgn cakap lah kan..concentrate pon bykk..huihh..tapi cpt juga la siap..buat laju2..kira ok siap lah.haha..pandai anak mak..

oklah.malam ni ada pasar malam...nak pegi..tapi taktau lagi..tgk lah cemane.BYE :D

Tuesday, February 1, 2011

banjir gemas 31/1/2011

Banjir..1

banjir...2

Alhamdulillah..hari ni dah bole nampak matahari.. :) baju boleh kering..ni kawasan pekan nak ke tempat kerja pun tak bole kena naik bot..gambar 2 masa ni kul 6.45pg..kat tgh² tu ada lori dan kereta kancil yang tenggelaman..dipahamkan oleh pihak bomba..air adalah paras kepala 5 kaki lebih kurang..seramkan.? dan yang tak bes ada warga emas yg mati lemas..degil takmo kuar rumah..hurmmmada 2mayat kalau tak salah.Aku dapat cuti bencana sampai bila tak tau.Sebab aku kerja pusat hemodialisis kan..perlu kan air utk patient buat dialisis.takde air takde kerja..mesin tak berfungsi..harap semua kembali seperti sediakala..Takziah buat mangsa² yang terlibat atas kerugian yang perlu ditanggung..terima kasih buat Ahli bomba,askar dan pihak polis yang sedia memberi perkhidmatan..terima kasih memudahkan perjalanan patient kami..:) terima kasih semua..InsyaAllah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Saturday, January 15, 2011

Fake Branded Handbag

google it :D

Hai all.Selamat berhujung minggu.sapa suka handbag??? Rasanya semua pun tahu kan sekarang ni memang belambak lah handbag replica nih..i mean yg fake berjenama mcm LV,Coach,Dior dll...Watever lah kan yg dijual secara online mahupun mana2 street atau uptown..Ada yang harga murah dan tak kurang harga melampau2 atau lebih tepat lagi beberapa hinggit kite tambah duit dah bole dapat yg original ok.tapi..apa² pun.Point kat sini aku nak bebel adalah apabila sesetengah pihak yang suka merendah² kan orang yg beli fake handbag ni..Lol.Apalah salahnya diorang nak beli yg fake..jadah haram ape..? mane la tau itu sebagai pemangkin semangat utk dapatkan yang original.bagi aku tak salah kot nak beli yg the fake..Asalkan pandai bergaya yang fake pon leh nampak mcm original nye handbeg..kan kan kan..? huhu.nasib baiklah aku bukan pengumpul handbag ni..sebab kalau aku beli handbag confirm bukan yg berjenama² ni..paling² pon yg gambar kartun lah..apelah kann..lepas tu kena kutuk dengan aku nye kengkawan kt tempat kerja diorang cakap aku tak matured.hampas!! aku rasa aku lebih suka laburkan duit utk membeli jam tangan..emm..So pada korang yg segan² nak beli replica handbag tu..beli aja..duit korang..toksah lah segan..heheh..eh ada ke yang segann?? porahh.dengan apa yg orang kata..duit korang kot.

Tuesday, January 11, 2011

No Friends

*fuhhh Fuhhh.Ok sedang meniup habuk ye tuan² dan puan² skalian.Oh.Lama tak update.Takda apa nak crita.Sbnrnya malas nak menaip.Dangg~ kata nak blogging slalu.apa² jelah kau ni labu..Hari ni nak bebel pasal ape ye..Urmm..haaa..mcm ni..hari ni baru la terasa pathetic nyeee hidup aku ni..Yelah kat sini aku takda kawan sorang pun tauu. yelah utk hang out ke ape.hidup aku kat sini hanya bangun pagi->pegi keja->balik keja->online->ulang rutin 1st. kesian kan..? kawan2 semua damn so jauh ok...Semua area KL je..Abis bila diorg buat status nak lepas sana sini..wuuu~sedih nyaaa.nak ikut jugaakk! hahaha.kesian takk? sekian.bebel hari ni

Thursday, January 6, 2011

tak suka sambut birthday

Semalam aku duk kemas² rumah,selongkar² skali terjumpa album and gambar ni.hahaha.aku ingat sangat gambar ni..gambar masa darjah 5,tahun 1999.Masa ni baru balik dari sekolah agama KAFA..ibu ajak beberapa orang kawan aku utk join the party..utk pengetahuan aku ni bukanlah suka sambut birthday.Malu gila kot.org duk nyanyi²..kite sedia nak potong n tiup lilin semua..Tu yang resultnya muncung sedepaa.hahaha.malu sehhh.tak penah dibuat orang sambut bday muka sedih mcm niee..mintak maap laa muka itam legam nihh..aku aktif sukan dulu..*aktif ke? lol.So korang cemane..suka tak sambut bday???



Sunday, October 3, 2010

rumah ku syurga ku

hola.happy weekend guys.i know since its weekend memang tak banyak kot blog yg ber update kecuali yang hardcore blogger lah kan.kalau tak update rasa tak lengkap hidup.memang bukan aku lah tu.hahaha :)) wateverrr.anyway hari minggu ni memang takda benda nak buat sangat,today my family kecuali aku & adik tak ikut mereka pegi opis terbukaa.hahaha.mula2 cadang memang nak pegi tapi rasa malas sangat.lagi pun esok dah kerja.phewww.dok rumah lagi bagus kot.

emm..crita pasal rumah tiba2 nak bebel pasal paranoid nya aku.Tadi masa nak sidai kain , one of my jiran tetangga datang nak menjemput ada kenduri doa selamat sikit..mula2 cakap kat luar rumah jelah since my parents pon tiada kann...lepas tu dia cakap "ehh..jemputlah auntie masukkk,auntie nak tengok dapur yg renovate arituu." oh myy lordd! aku dah takot nie.rumah bersepah kot.pagi lagi nieee.nak tanak jemput jugak lah masukk..hahaha.gila tak paranoid.sambil2 tu die tengok la sekeliling...sambil tu dia bebel2 lah pasal kendurinya esokk kan..aku ye kan aje.dah siap bebel dia kuar..tak taulah agaknya die cakap aihh..rumah cikgu halim ni.bersepah nyaa.gelap lagi.kucing byak bla blabla.atau aku je paranoid nie..? haram betul!

aku memang bermasalah sikit bila ada kawan2 yang nak datang rumah aku..aku jadi seram sejuk btul.yelah rumah tak cantik kann.bersepah lagi.aku takot diorang tak selesa jer.lagi2 bila diorang nak bermalam kat rumah.lagi laa aku takot.haha.kadang2 aku ajak duk rumah nenek aku aje..nasib baiklah rumah nenek aku dekat je..kalau tak? ada yang aku suruh duduk hotel murah kat area gemas ni je kan..kena pulak skarang ni musim raya kann.jadi ada lah kawan2 ayah n ibu nak datang..aku memang takda lah nak kuar..segan semacam kot.pelik betul perangai..hari tu ada patient aku request nak datang rumah laju je aku jawap.haaa? tak boleh.nak datang,datang rumah nenek.rumah saye closed house.boleh? aku berazam selagi rumah tak renovate tak cantik aku memang tanak jemput sapa2 daatang rumah..

sampaikan satu tahap,nak tunang nanti buat kat rumah nenek..kenduri kawin buat kat dewan orang ramai gemas.wakakaka. :)) oklah tu aja.nak pegi buat kek.ibu suruh.tata

Friday, October 1, 2010

cash deposit machine bebel


Bebelan hari ni adalah tentang cash deposit machine.sy nak tau..kalau BSN tu takda cash deposit machine ke..? susahnyaa lahai nak kena tnggu lama2..tadi utk pertama kali pada tahun ni aku pegi ke bsn utk masukkan cash itu pun sebab ada orang mintak tolong..bayangkan lah no yang tertera adalah 62 aku dapat no 96..erghh.memang lah berapa orang je kan..20 lebey je..tapi penat kot tunggu.nak masukkan duit bukannya lama benar..kaunter tadi pon bukak ada 4 yang aktif kaunter 2 dan 5 jee..haihhh.cube letak satu cash deposit machine kat luar...nasib baiklah urusan aku takda sangat kat bsn nie..

lepaas tu nak complain lagi nie..kali ni kat maybank pulak.hahaha.boleh tak letak cash deposit tu dekat luarr..? macam public bank buat..kan senang..? dah la dekat ngan pintu..kena bratur panjang2..orang nak masuk pon susah.cuba buat mcm public bank gemas...boleh tak? mintak ampun lahh banyak complain kat sini.. :P blog aku kot.

dan yang terakhir..tadi sis.ieza aka bos aku panggey ahh.muka nak serius aja..ingatkan aku ada wat salah..rupanya2 nama aku naik sebab tak daftar mengundi lagii..hahahah.orang hq suh datang daftar pada 5/10 nanti.err.tengoklah.jauh kot.daftar kat pos opis gemas je la kot nanti..yek? chow bedahhh~