Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

tahniah Malaysia

Akhirnya setelah hampir 14tahun menunggu menjadi juara..Alhamdulillah.tahniah Malaysia!! Besok pulak cuti umum sempena kemenangan Piala AFF Suzuki 2010 ni.Penutup yang terbaik bagi tahun 2010 ni aku rasa ;) Player smua nya terbaik mcm Safee Sali,Kunalan && Muslim.err.itu je yg aku prasan kot.hahaha.Aku ada pelik sikit..sbb aku tgk bola pon last2 je nii..Kenapa Si Kembar tak main ea? tak layak ke wehhh.oooo.maybe ada masalah la kot ek.


Tapi aku paling kelakar adalah tentang goalkeeper err.sapa name? Khairul Fahmi Che Mat..wuuu..mcm fenomena gila kot.Yelah! memang permainann die pon baikk punyaa.jaga gol tu takmau bolos esp bile Indonesia buat penalti..Pheww! ohh..yg kelakar kat sini an tibe2 nama awek die mencanak2 naik duhhh..semalam aku tengok follower dia 700lebey hari ni tengok 3000lebih...dan sentiasa menaikk jer bilangan follower bliau.huhu.gile kauu!! sekejap okay dalam masa tak sampai 24hr..kau ada ke? takdee..aku pon takde gak.miahaha :)) agak2 ada tak yang makan hati.nwayy..pada perempuan2 yg terjatuh hati tuu takpelah simpan2 jela hati tu sebab dia dah dimiliki oleh Elia.kihkih ;) kalau tak silap Elia pon ada Fanpages.tapi tak sure la apa dia..nanti aku carik2.waaa kepochi kauu!


Haaa.aku pon ada gak suka tengok sorang player nie..tapi tak bermakna aku tak cintakan Malaysia okeh.hahah :P err..aku suka tengok si Irfan Bachdim..Wuuu.Kalau dia tough lagi sikit perghh.cair kot.kahkahkah.Tang mataa lagi ngancam kott! tapi die ni pon dah ada awek gakkk :( hahaha...Apa2 pon tahniah jugak kat Indonesia sebab menang cuma tak jadi juara jer..oklah selamat bercuti semuaa! Malaysiaaa Bolehh !

ps: Aku rasa Safee Sali pon patot dapat perhatiann.. ;D

ihsan gambar: Google ^_^


Monday, November 29, 2010

pemilik matahari

entah apa2 lah dunia sekarang boleh pulak Angeles Duran ni mendaftar nama dia sebagai pemilik matahari.banyak cantik muka dia? suka hati ajaaa.yang pelik2 aje skarang ni berlaku kan.hmm..kita memang dah hampir ke dunia akhir zaman ni... ;(

berita lanjut sila lihat kosmo.

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Mati Dibunuh dan Jawatan Kosong Di Kementeri Pelajaran Malaysia

Dipetik dari Hmetro:

BANTING: Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.


Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit seluas 1.6 hektar itu, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.


Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.


Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.


Off Topic!


Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – eGST telah dibuka bermula 1 September 2010 sehingga 30 September 2010.

Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja.

Tarikh semakan temu duga dijadualkan pada 18 Oktober 2010 – 22 Oktober 2010


Klik sini bagi tujuan permohonan secara Online

Saturday, August 21, 2010

Maher Zain dan isu daging McD HARAM

Dari McD.(klik)

JAKIM(KLIK)

baru2 ni.ada lah jugak beberapa blog yang heboh berkata pasal daging McD ni tidak halal.
ada siap surat pekeliling dari JAKIM.sini buktinya . bagi aku benda halal haram ni sikit pun tak boleh dipandang ringan lagi2 bab apa yg kita makan dan minum ni kan.yelahh tu smua akan jadi darah daging kita..kalau dah rasa was2 jalan terbaik adalah jangan sentuh langsung.takut jatuh hukum..even dah kuar pon surat maklum balas dari pihak McD..tapi tu smua bergantung pada diri sendiri..yang penting kita dah sampaikan maklumat..


currently listening to : Maher Zain
mostly smua lagu dia sedap di dengar.Arrangement yang sangat2 menarik dan boleh sentuh jiwa.
;)

taktau siapa dia? Google @ Search kat youtube.


sumber gambar: Google

Thursday, July 15, 2010

harga minyak naik lagi

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

sumber : Nik Nurehan

kalau betul lah ini yang akan berlaku tengah malam karang.alamtnya..yang miskin terus miskin..dan yang kaya....sila sambung sendiri.Kalau semua dah naik..GAJI naik takkk? ape2 pon..terima kasih pada kerajaan yang sangat PRIHATIN.

ps: Marilah kite pegi kerja berbasikal.back to basic.haha.untung2 sehat sejahtera.lemak pon tiada..weee~