Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Qunut Nazilah

Assalamualaikum :)

korang pernah dengar qunut nazilah tak? sebelum ni pernah dengar jer tapi tak pernah dengar orang baca,jadi semalam subuh kat masjid berpeluang dengar ustaz yang imamkan solat tu baca...Apa tu qunut nazilah?

Qunut Nazilah dibaca apabila kita di timpa satu musibah seperti dizalimi,ditimpa wabak ataupun ketakutan.Bila-bila waktu solat pun kita boleh baca.Nabi Muhammad SAW pernah membaca qunut ni ketika kejadian pembunuhan para penghafaz Al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis riwayat Bukhari & Muslim.


Maksud: Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah membaca doa qunut pada waktu selain Subuh,ketika berlakunya pembunuhan sahabat² para penghafaz Al-Quran.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Tatacara bacaan Qunut Nazilah:

1.Sekiranya dibaca pada solat subuh,Baca qunut macam biasa dan diikuti dengan qunut nazilah.
2.Kalau imam tak hafal qunut nazilah,boleh dibaca selepas solat.
3.Kalau secara berjemaah imam perlu bagitahu makmum dulu dan jangan lupa amin kan doa imam..
4.Qunut dibaca pada waktu iktidal selepas ruku' rakaat terakhir.



Saturday, February 2, 2013

Betapa beruntungnya kita...(يا هنانا)

Asyik layan benda lagha aje...mai kita layan qasidah ni pulak..mula² dengar macam biasa jer..banyak² kali dengar rasa seronok pulak...jangan lupa tengok maknanya jugak :)
Moga kita semua mendapat syafaat.In Shaa Allah...Ya Hanana










sumber: Ab-Ab

Tuesday, January 25, 2011

Asma Allah


Salam..Dengarlah Asma Al-Husna versi Sami Yusuf.
Sangat menyentuh jiwa.Yang ni jenis perlahan je kan..Kalau mcm kat Malaysia
depa nasyid laju sikit..yg ni..sgt soothing.Eh leh ke pakai pkataan soothing ni.huhuh..
ok.Ikut la skali ada lirik skali ;)
bye²

Tuesday, December 28, 2010

Bismillahi Tawakal...

Bismillahi Tawakal to al Allah wa la hawla wa la quwwata illa billah

Selalu tak korang mengamalkan ayat ni setiap kali melangkah keluar dari rumah atau setiap kali korang nak mulakan sesuatu pekerjaan.Kalau tak,biasakan diri untuk ucapkan kalimah tersebut insyaAllah apa saja yang korang buat diberkati dan sentiasa dirahmati Allah..Alhamdulillah sejak aku mula bekerja aku sentiasa amalkan(kadang2 lupa jugak) tapi aku rasa sgt dirahmati..Contohnya,Sebelum2 ni aku pergi kerja naik motor..aku selalu sgt berdoa supaya takda lah road block berlaku sebab aku takda lesen...dan setakat aku pakai motor takda pon roadblockk tapi bila dah pakai keta baru ada..huhu..mungkin kebetulan tapi tak kisah la aku masih percaya ayat ni ada zat nya.lagi ada skali tu ada lah polis duk tahan2 motor mintak lesen semua tapi aku boleh terlepas dari pandangan diorang... :) errr..oklah tu aja..tak pandai lah nak buat ayat skema ni..otak sudah tumpul.sekian wassalam.