Wednesday, May 8, 2013

Kenapa takut dengan kaum cina?

Tadi waktu kerja, patient aku tanya kenapa BN tak menang kat Selangor?
Lalu aku jawap...

"Sebab rakyat selangor takmau dengaq lagu sayangi selangor yakini BN.puahaha :)))"
Krik krik.Bunyik cengkerik.Sebab mana ada yang pro PR kat tempat aku kerja ni.termasuk bos aku.
okeh.Fahaman politik ni ikut anglaa...tiba-tiba suami patient aku mai  dengan surat kabar utusan..bukak pages yang ada pasai kaum cina DAP. ke apa tah.Maap aku memang takde minat nak baca paper UTUSAN yang terang-terang merapu lagi menipu.

aku berseloroh:

" Apa yang nak ditakutkan sangat dengan Cina ni pakcik? "
" Haa..tulaa kau..kau tak kena lagi.kau taktau.." nampakk takk..nampak tak rasisnya beliau.

Almaklum sudah disuap dengan UTUSAN & BERITA TV3 yang terang-terang pro BN.
boleh jalan...Aku letak kembali surat khabar yang dihulur tanda tak mahu baca.Kirim salam!

Apa pun ambil sedikit masa baca post yang telah dibuat oleh ketua Penerang PAS Pahang.Semoga mendapat pencerahan.Maaf, post minggu ni banyak berbaur politik.Sehingga telah reda..post akan berhenti sendiri..hehe :D


Kecoh sekarang ni ahli parl imen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya : 
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. 

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.

No comments: