Sunday, June 23, 2013

zalimkah ayahku?

Suatu hari, aku pernah cakap dengan kawan aku yang ayah aku kata bakal suamiku & adik beradik yang mestilah boleh jadi imam.Itu sahaja yang cakap.Ayah tidak sebut mengenai pangkat,pendidikan mahupun rupa paras.Hanya boleh jadi imam.Jawap rakanku:

"Haihh..tak kawinla kau wani....." sambil gelak mengekek.

Jadi aku terfikir,berat sangatkah permintaan ayahku itu? menjadi imam tidak bermaksud bakal suamiku itu perlu hafal 30juzu' Al-Quran,Cukup dengan surah-surah pendek atau surah yang dia hafal dan boleh membaca doa.Berat sangatkah? Aku pasti permintaan ayah itu ada hikmahnya,Bukan senang seorang bapa nak lepaskan seorang anak perempuannya kepada lelaki sembarangan bukan? Darah dagingnya yang dia kasihi sejak kecil tak mungkin dia akan lepas tangan begitu sahaja.Pastilah seorang ayah nak seorang lelaki yang boleh jaga puterinya seperti dia jaga sewaktu sebelum kahwin,yang dapat membina sebuah keluarga yang Hasanah..kan?

Jadi persoalannya disini yang mana lebih zalim...

1) Permintaan seorang bapa mahukan bakal suami anaknya yang mampu menjadi imam?

2) Seorang bapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak menjaga Islamnya...?


No comments: