Friday, September 20, 2013

kurus dengan Figure Up

RM45 (Free postage)

Murah Murah Murah!!
saya jual figure up dengah harga murah...!!
kenapa murah?
sebab supplier kami bagi harga murah.
nak order macam mana?
call/whatsapp aje 
018-3648873

p/s: gambar atas adalah gambar hakmilik saya. 

Kenapa figure Up;

 CARA PENGAMBILAN
  • HANYA 1 KAPSUL JE SEHARI, JGN LEBIH
  • MINUM AIR SECUKUPNYA @ MAKAN BUAH JIKA HAUS.
  • MAKAN IKUT WAKTU YE (BREAKFAST, LUNCH & DINNER), JGN TAHAN TAU.
  • JGN MINUM MINUMAN BERALKOHOL.


DON'T WORRY IT IS SAFE.


HIMPUNAN TESTIMONI








SO? APA TUNGGU LAGI? CUBA LAH SENDIRI & LIHAT LAH HASILNYA.


Tuesday, August 13, 2013

agen dropship


ASSALAMUALAIKUM WBT..

mesti semua masih lagi dalam mood raya kan..huuuu~ takpelah.Disebabkan wa takut nanti lupe la apa lah..
wa post jugak la entry ni..so mcmni..

wa suka berniaga..tp punya kekangan masa untuk tujuan promosi...jadi wa memerlukan kawan utk membantu wa..jadi dropship adalah pilihan terbaik..ada yang berminat nak? keuntungan sekitar rm5 dan keatas..buat masa ni, wa jual baju muslimah,jubah,shawl & tudung..untuk permulaan..sekiranya ada yang berminat..sudi-sudilah kiranya menghantar email ke saya....(nama.alamat.no-tel)

dwanee.dropship@gmail.com

jangan risau, wa tak punya kuasa nak minta apa-apa yuran untuk menjadi agen...konsep wa mudah, bantu membantu..yang paling penting RAJIN BERUSAHA. okeh?

untuk lebih lanjut, boleh add fb terus

https://www.facebook.com/wani.halim.71

klik link dibawah;

PROJEK DROPSHIP WANI

Monday, August 12, 2013

selamat hari raya


masih lagi tak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri..banyak dapat duit raya tahun ni?
kita tak dapat banyaklah..Almaklum tahun ni kita pulak keluarkan wang untuk diberi..haha :)) sedih tapi hapy.sebab akhirnya merasa nak bagi duit raya kat orang..Tidaklah banyak..tapi cukup untuk tengok kanak-kanak tersenyum lebar.huhu...Yang paling seronok tahun.Dapat beraya bersama family belah ayah...Almaklum setelah 3 tahun beraya kat pusat dialisis aje..tahun ni merasa gak..walaupun cuti bermula raya ke 2.Masih lagi seronok..family belah ayah ada 10 orang..memang meriah sangat!! hehe..itu pun tak lengkap gak sebab ada yang balik belah mertua mereka..hihi..


Hari ni orang dah start bekerja..Cikgu-cikgu aje yang bercuti lagi...seronoklah kann! tapi takpe balik kerja bole sambung beraya lagi.Ada yang dah mula bulan puasa 6 ? alhamdulillah,semoga dipermudahkan lah okeh? dah takde idea..papai~

Tuesday, July 23, 2013

I need to get married !


Assalamualaikum.It's been awhile right..So, there's nothing to update.
But i love the Shaykh Hasan Ali gave speech. please do take your time friends.
^_^

Happy Fasting !

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434h


Friday, July 5, 2013

Dianz Vitamin C & E

Assalamualaikum...
pernah dengar tak nama produk ni? produk sangat best....harga berpatutan.mendapat kelulusan dari KKM yang paling pentingnya..jom cantik time raya nanti..!! senang aje cara pengambilannya..Hanya perlu kunyah atau telan sahaja selepas sarapan dan sebelum tidur.Harga RM85 (Semenanjung) RM90 (Sabah/Sarawak)
Termasuk kos penghantaran

kebaikan Dianz Vitamin.




KKM.


antara testimoni yang berjaya ;)

Berminat?
018-3648873(SMS/Whatsapp SAHAJA)
Since,saya bekerja jadi saya jarang & malas nak jawap fon...
so pls...SMS/Whatsapp sahaja yer..
terima kasih.

p/s: Saya pun consumed dianz jugak ^_^




Sunday, June 23, 2013

zalimkah ayahku?

Suatu hari, aku pernah cakap dengan kawan aku yang ayah aku kata bakal suamiku & adik beradik yang mestilah boleh jadi imam.Itu sahaja yang cakap.Ayah tidak sebut mengenai pangkat,pendidikan mahupun rupa paras.Hanya boleh jadi imam.Jawap rakanku:

"Haihh..tak kawinla kau wani....." sambil gelak mengekek.

Jadi aku terfikir,berat sangatkah permintaan ayahku itu? menjadi imam tidak bermaksud bakal suamiku itu perlu hafal 30juzu' Al-Quran,Cukup dengan surah-surah pendek atau surah yang dia hafal dan boleh membaca doa.Berat sangatkah? Aku pasti permintaan ayah itu ada hikmahnya,Bukan senang seorang bapa nak lepaskan seorang anak perempuannya kepada lelaki sembarangan bukan? Darah dagingnya yang dia kasihi sejak kecil tak mungkin dia akan lepas tangan begitu sahaja.Pastilah seorang ayah nak seorang lelaki yang boleh jaga puterinya seperti dia jaga sewaktu sebelum kahwin,yang dapat membina sebuah keluarga yang Hasanah..kan?

Jadi persoalannya disini yang mana lebih zalim...

1) Permintaan seorang bapa mahukan bakal suami anaknya yang mampu menjadi imam?

2) Seorang bapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak menjaga Islamnya...?


Monday, June 17, 2013

rukhsah solat bagi pesakit yang menjalani rawatan penyakit kronik.

Alhamdulillah..akhirnya saya jumpa juga pasal artikel ni...rupanya dah dikeluarkan fatwa tentang pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis dll boleh melakukan solat jamak...jadi kawan-kawan yang sedang menjalani rawatan jangan rasa terbeban atau tidak mahu terus melakukan solatnya...Sebab solat bukan perkara yang boleh dibawa main-main sebab itu perkara pertama yang akan dihisab kelak..

artikel yang saya copy & paste.
harap dapat membantu kawan-kawan semua.

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

1. TUJUAN
Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.

2. LATAR BELAKANG
2.1. Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktor- doktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.
2.2. Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan homodialisis adalah sepert berikut:-
(i) Semasa Rawatan
Setiap pesakit dikehendaki menjalani pemeriksaan tekanan darah sebelum, semasa dan sesudah rawatan sekurang- kurangnya 5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi. Kemudian ditimbang berat badan satu (1) kali sebelum dan satu (1) kali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar. Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada di dalam badan dan timbangan kedua selepas rawatan untuk mengetahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan.
Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam buku rekod peribadi. Kemudian jururawat akan membuat suntikan di dua tempat di lengan - satu untuk pengeluaran darah dan satu untuk memasukkan semula darah. Setelah suntikan dibuat, jarum itu tetap berada di lengan pesakit dari awal hingga ke akhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam. Aliran darah keluar melalui bawah lengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk ke dalam satu tabung penapis sebagai ganti fungsi buah pinggang - untuk menapis segala darah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas. Kemudian darah yang bersih disalurkan semula ke lengan bahagian atas melalui jarum yang tersedia.
(ii) Selepas Rawatan
Setelah cukup masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam tadi, jururawat akan membuka tampalan serta jarum berkenaan dan diletakkan tampalan lain dengan menggunakan sejenis kain yang dikeraskan di bahagian liang suntikan supaya menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak dibuat demikian, darah akan terpancut dengan kuat (dalam tempoh 1 jam). Liang suntikan hanya boleh dibuka dalam tempoh lebih 40 - 60 minit kerana di waktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu telah tertutup oleh darah yang beku, tetapi bagi sesetengah pesakit pula lebih daripada 1 jam, ini bergantung kepada kecairan atau kepekatan darah seseorang.

3. PERMASALAHAN/PERSOALAN
Bolehkah orang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya menunaikan sembahyang Zohor dengan Asar - Jamak Takhir disebabkan oleh rawatan berkenaan?
(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.
(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi - 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai sembahyang. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput. Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.
(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang - 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib. Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim - Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir - Sembahyang Maghrib dan Isyak?

4. ASAS-ASAS PETIMBANGAN
3.1. Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 - 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.
(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan sembahyang tersebut. Begitulah juga harus jamak sernbahyang kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.
(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara jamak takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjamakkan sembahyang walaupun tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.
(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.
(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjarakkan sembahyang ketika timbulnya kesusahan mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu. Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.
3.2. Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 - 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:-
(i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.
(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.
(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.
Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.

5. SYOR
Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan “Hukum Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik seperti Hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.”

KEPUTUSAN
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. (En. 2/1989)

JADUAL
(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.
(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.

Dibuat pada 16 Januari 2001.
[MUFTI Sel. 500-2; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]
DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID,
Dato’ Seri Utama Diraja,
Mufti Negeri Selangor

Sunday, June 16, 2013

ayah,abah,아버지 아빠 ♥


buat Ayah yang kite kagumi,yang tak pernah menghampakan kita..yang penuhi semua kehendak kita(bole dikatakan) hehe..kite sayang ayah...terima kasih untuk ilmu yang diberi,contoh tauladan yang baik..tiada sapa  dapat gantikan ayah...semoga diberkati usia..semoga dimurahkan rezeki..Semoga kita sekeluarga berada dalam harmoni..family yang orang kagumi sebab kerapatan kite semua...terima kasih kasih ayah.maaf tiada hadiah untuk kali ni..tidak berniat untuk menyambutnya..sebab hari bapa or hari ibu adalah hari-hari..

Wednesday, June 12, 2013

Trap - Henry Super Junior M(Ft Taemin & Kyuhyun)



love this song!
i'm trapped!!

Sunday, June 9, 2013

Umrah

phewww~ last 2 weeks adalah sangat hectic kehidupan aku dan adik²..Memandangkan ibu & ayah pergi menunaikan umrah,makanya urusan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah dipikul oleh aku sebab aku anak sulung.Letih mak aih..Dan Alhamdulillah, ayah ibu selamat sampai selasa haritu..Dengar crita mereka..Hati ni nak sangat cepat ke sana..mudah-mudahan diberi kesempatan ke sana lah kan..Amin :)


Ibu & Ayah


Ibu & Kaabah


Kaabah

Ayah...Menara Jam 

Sebelum sampai sana,kita share dulu gambar ayah dan ibu..alhamdulillah ibu n ayah sampai tanpa batuk2 malah mereka sangat sihat dan tidak jet lag.Syukur :) Oh ye, Masa tunggu ayah n ibu nampak nabila huda..Cantik juga orangnya ye? tak pakai make up pun..Sangat cantik..nak amik gambo segan pulak kite..hehehe...Oh ye,Kot ada yang berminat nak pergi tunaikan umrah ayah n ibu ikut pakej Andalusia...Masa ibu pergi ngan nenek & atuk ikut tabung haji travel...ibu cakap TH travel punya mewah sikit la makannya kalau nak banding ngan andalusia,,..Hotel pon dekat aje..Takpelah kan..Pokoknya kita diberi kesempatan sampai kesana..itu lebih baik.Okeh.Papai.

Friday, May 24, 2013

Allah sebaik-baik perancang :)


Wednesday, May 22, 2013

someday


Tuesday, May 21, 2013

Baju Kurung Pahang




RM100 (Penghantaran percuma)
kalau berminat contact kt comment.
atau email ;
shazwani.halim8[a]yahoo.com

Wednesday, May 15, 2013

Akdong Musician - I Love You


Lama dah tak share lagu korea.
Nah! amik lagu ni..sweet jer ^_^ 
yep! mereka pemenang apa nama realiti tv kat ONE Asia tu?
tak layan la pulak..huhu

Monday, May 13, 2013

tudung shawl untuk dijual



tudung corak paisley bidang 50" .
shawl cotton berat.Sejuk.

Sunday, May 12, 2013

Resepi Nasi Ayam...

"Cik....share resepi nasi ayam bole? " tanya aku tanpa rasa segan kepada pesakitku.
"No no no...acik punya resepi nasi ayam special.Tak hanyir.Tak mainla pakai rebus air ayam..." kata makcik itu..

aku berlalu pergi tanpa sebarang soalan lagi.Meninggalkan makcik itu bercakap sendiri.Ah! aku pun tak kuasa nak layan orang yang kedekut ilmu.Jadi kawan-kawan yang tak kisah nak share sedikit ilmu buat nasi ayam..Boleh share dengan saya? taklah.saya bukan nak bukak kedai..Sekadar mencuba untuk dijamu pada keluarga saya... ^_^

Saturday, May 11, 2013

Al-Quran Pelangi atau Quran Rainbow Al-Quran Warna Warni

Assalamualaikum.Ada sapa² yang berminat nak dapatkan Al-Quran Pelangi/Al-Quran Rainbow.
Memandangkan Ramadhan dah hampir tiba, Jom kita dekatkan diri kita pada-Nya :) bukan sahaja dalam bulan Ramadhan sahaja,Tapi juga setiap bulan ^_^ insyaAllah...Em..Quran ni tiada terjemahan tapi yang penting Mushaf Uthmani yang biasa kita pakai kat Malaysia ni...okeh?





Ready Stock & Pre-Order untuk warna tertentu.
RM135 free postage [Semenanjung Malaysia/Sabah & Sarawak]

Details;
11.5cm x 17cm (saiz)
Resm Uthmani
Tanpa terjemahan
30 Warna dalam setiap 30 juzuk
Kertas QPP,665halaman(Full colour)
Cover - Baldu

Berminat?
Boleh email saya ;
shazwani.halim8[a]yahoo.com
atau whatsapp/sms saya:
018-3648873(Wani)
Warna Cover: Dark purple,Merah,Coklat,Soft Pink,Kelabu pekat,Biru pekat,Hijau Pekat,Lite Blue,Kelabu,Soft Purple,Yellow Gold,Maroon.

Pre-order mengambil masa 1minggu kurang atau lebih bergantung pada stok.




Thursday, May 9, 2013

tudung/shawl/maxi/baju muslimah


Dijemput semua yang sudi untuk like pages saya.
InsyaAllah, kami menjual pelbagai jenis tudung/shawl dan juga pakaian yang sesuai untuk muslimah.
Harga berpatutan. ^_^

Wednesday, May 8, 2013

Kenapa takut dengan kaum cina?

Tadi waktu kerja, patient aku tanya kenapa BN tak menang kat Selangor?
Lalu aku jawap...

"Sebab rakyat selangor takmau dengaq lagu sayangi selangor yakini BN.puahaha :)))"
Krik krik.Bunyik cengkerik.Sebab mana ada yang pro PR kat tempat aku kerja ni.termasuk bos aku.
okeh.Fahaman politik ni ikut anglaa...tiba-tiba suami patient aku mai  dengan surat kabar utusan..bukak pages yang ada pasai kaum cina DAP. ke apa tah.Maap aku memang takde minat nak baca paper UTUSAN yang terang-terang merapu lagi menipu.

aku berseloroh:

" Apa yang nak ditakutkan sangat dengan Cina ni pakcik? "
" Haa..tulaa kau..kau tak kena lagi.kau taktau.." nampakk takk..nampak tak rasisnya beliau.

Almaklum sudah disuap dengan UTUSAN & BERITA TV3 yang terang-terang pro BN.
boleh jalan...Aku letak kembali surat khabar yang dihulur tanda tak mahu baca.Kirim salam!

Apa pun ambil sedikit masa baca post yang telah dibuat oleh ketua Penerang PAS Pahang.Semoga mendapat pencerahan.Maaf, post minggu ni banyak berbaur politik.Sehingga telah reda..post akan berhenti sendiri..hehe :D


Kecoh sekarang ni ahli parl imen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya : 
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. 

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 

Suhaimi Saad
Ketua Penerangan PAS Pahang.